Friday, April 24, 2009

I dont't wanna talk about it -Rose Steward

I can tell by your eyes that you've probably been crying forever
And the stars in the sky don't mean nothing to you they're a mirror
I don't want to talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
won't you listen to my heart
Oh oh my heart
If I stand alone will the shadows hide the colour of my heart
black for the night, blue for tears fears the stars in the skydon't mean nothing to you they're a mirror
I don't want to talk about it
How you broke my heart
If I stay here just a little bit longer
won't you listen to my heart
Oh oh my heart

"Because I Love You" - Shakin Stevens

"Because I Love You"
If I got down on my knees and I pleaded with you
If I crossed a million oceans just to be with you
Would you ever let me down?
If I climbed the highest mountain just to hold you tight
If I said that I would love you every single night
Would you ever let me down?
Well I'm sorry if it sounds kinda sad, it's just thatWorried, so worriedthat you let me down

Chorus:
Because I love you,
love youLove you,
so don't let me down
If I swam the longest river just to call your name
If I said the way I feel for you would never change
Would you ever fool around
Well I'm sorry if it sounds kinda bad, just thatWorried,
cuz' I'm so worriedthat you let me down

Chorus
Well I'm sorry if it sounds kinda bad,
just thatWorried, cuz' I'm so worriedthat you let me downChorus

Monday, April 20, 2009

My Kitten grow up



Ini lah my kitten yang baru 3 month kejab ja dah besar semakin sihat,,,,

Friday, April 17, 2009

Lovely Cat

Monday, April 13, 2009

Kerja kedua

Sepanjang minggu ini saya menyiapkan kerja yang pending atau sengaja di delaykan oleh client. Diantara website cms yang telah siap www.granddragonhotel.com , saya promosikan kepada yang datang ke JB boleh lah buat reservation secara online di alamat web diatas. Kerana hotel ni kategori luxury budget hotel tambahan lagi baru saja siap renovation. Jangan lepaskan peluang dapatkan yang murah dan selesa.
Selain daripada tu, saya masih tercari-cari kerjaya yang berkaitan kerana design ni kerja kedua saya buat secara freelance kepada yang berminat untuk dapatkan domain name sendiri dan hosting sendiri bolehlah membeli daripada saya, selain daripada itu saya turut sediakan packages untuk web design kepada yang memerlukan consultant design web saya sedia membantu dan harga pun boleh lebih kurang sila layari www.graphicpixel.net.

Sunday, April 5, 2009

Kerjaya dan kerja

Bagi aku kerjaya tu ada lah mission aku untuk jangka masa panjang dan kerja tu untuk aku menampung hidup seharian. Setiap orang ada planing hidup dan aku jangkakan keadaan aku ni akan berlaku dalam masa 3 tahun lagi, lepas dari tu aku nak buat kerja dari rumah dan beri tumpuan untuk keluarga.
Sedih sangat aku bukannya kena buang kerja tapi aku yang bla dalam keadaan terpaksa tapi rela. Minggu ni sambil siapkan second job tu aku sempat masuk mana-mana web job seekers. Hari isnin tu memang ada ge interview tawaran kerja kat singapore pulak dah lah kena ulang alik dari Jb. Menyedihkan aku memang nak job tu tetapi tak berbaloi. Buat teruja ja aku jawab exam math, english dan tulis kerangan bahasa english. Bukan senang dari berpuluh yang datang cuma yang terpilih 7 orang je. Sampaikan aku kena saound direct dengan bos tu kerana lepaskan peluang. "Suatu yang lumayan memerlukan pengorbanan, tapi jangan sampai terkoban"
Tadi baru je check mail ada reply menyatakan aku perlu ge interview isnin ni. Kerja ni kerja office biasa je. Kalau dapat pun bagus juga dekat dengan rumah. Aku bab kerja ni tak memilih takut orang tu yang tak pilih selalu di cakap over qualification. Semestinya dia ingat aku ni harap 100% gaji dari satu job tu silap.Aku lebih kepada ruang masa yang boleh memberikan pelbagai jenis kerja yang di lakukan.
Tamat je waktu kerja tu aku akan mencari kerja partime macam kat restaurant 24 jam. Aku tak pernah merasa penat kerna di sebabkan minat dan kekuatan semangat sama ada dari segi fizikal dan mental. Bagi aku ini lah kepuasan hidup. Ruang masa yang padat dapat membantu pemikiran yang positif dan kita akan kelihatan muda sentiasa. " Coz i'm Strong "

Pindah Rumah

Minggu ni memang agak memeningkan kepala. Masalah utama majikan lama tu le tak mampu nak bayar gaji, bagi tiap bulan bayar gaji separuh. Mujur ada side income lain kalau harapkan 100% mati kekeringan bulan April. Aku dah bebas bla dari situ sabar boleh 3 kali je tapi aku banyak kalinya.
Bukan tempat kerja saja yang bermasalah, rumah aku duduk pun bermasalah ...aduh...pening sungguh. Kalau diam takut masalah makin menjadi kena cari inisiatif kuar cari rumah sewa, berkat usaha dapat lah Apartment kadar sewa pun mampu le bayar tu pun mungkin orang tu kasian aku sorang-sorang boleh lah lebih kurang. Minggu depan aku dah sendirian nak update blog pun kena cari broadband. Tak ada lagi streamy power ni.
Aku keluar ni pun bukannya bersedia segala keperluan tu belum lagi di beli.Paling menyedihkan aku terpaksalah berbual dengan kucing, sementara dapatkan broadband untuk online. Mujur tempat aku tu strategic rumah bawah je tak perlu naik tangga or lif.
Kebaikan aku duduk sorang, memang lega bebas daripada segala. Tempat tu memang private dan selamat. Aku akan penuh kan rumah tu dengan segala apa yang patut dalam jangka masa terdekat .

Wednesday, April 1, 2009

Penderaan Binatang

Kepada yang suka mendera binatang layan le gambar ni. Kejadian ini berlaku semasa ke tiadaan tuan kucing di rumah. Siapakah yang akan menangung dosa ini. Haiwan adalah binatang yang perlu dilindungi dan dijaga. Kepada yang luar sana ambil perhatian Please don't try at Home!!!


Kitten kena Cacing

Kepada yang biasa memelihara kucing. Tip ni sangat penting bagi yang caring dengan haiwan kesayangan. Last month, saya pinjam kucing member kerana nak ajak balik hometown jumpa ibu mon nya . Pada hari pertama kitten nama miki tu ok je lincah. Second day, tiba miki muntahkan cacing ada panjang dalam 4cm color kelabu dan lemah. Sampaikan tuan dia datang jam 2.00am ambi kucing tu bawa balik bila sampai rumah tuan dia pluk ok je. Kemungkinan makanan berbeza kerana kitten kita orang makan Royal Canin ingatkan cerita habis situ je.Saya ada juga terbaca cacing ni boleh berjangkit tapi rasanya kucing peliharaan saya tak kan kena kerana dah vaksin tapi sebaliknya.



kitten nama coco tu terkena juga bila bom je cair sah ada cacing kebetulan tarihk ge vaksin dah hampir. Baru je hantar ge vet untuk secong vaksin. Lepas vaksin hari pertama ok, bila hari kedua saya perasan masa nak ajak tidur tu, coco gelisah semacam agak macam nak bom je. Memang betul sambil bom tu dia menangis ada keluar darah sikit. Keesokan kita minta terus call Dr. vet tu, katanya kucing tu ada cacing! dah 2,3 hari ni bom cair je. Dr. nasihatkan bagi minum glucose untuk lega kan perut quarintine 12 jam tanpa bagi makanan. Masalah ni berlarutan kena pluk kucing lain tom dangan tontot . Baru hari ni bagi ubat cacing Drontal harap boleh sembuh.


Punca2 & tanda2 terkena Cacing:


  • Kucing outdoor pembawa cacing yang berkongsi bekas makanan.

  • Mata kucing yang terkena cacing berwarna merah or berair.

  • Kuat makan perut buncit or memuntahkan makanan.

  • Bila bom yang keluar cair.

  • segera dapatkan nasihat doktor or cari ubat cacing.

Tip Kitten kena cacing & cirit-birit :


  • Jangan beri suntikan kerana merbahayakan nyawa haiwan tersebut.

  • Dapatkan nasihat doktor vet or research dlm internet sebelum memberikan ubat.

  • Ubat cacing kanak2 boleh digunakan juga or beli di vet berdekatan biasa guna Drontol (RM7.).

  • Bagi minum Glucose(RM12.9) kanak2 untuk menutralkan keadaan elakan memberi makanan selama 12 jam.

*cara bagi ubat tu masukan ubat cacing dalam makanan yg basah or bulatkan guna makanan basah buka mulut tolak masukan.


Segala maklumat yang dipaparkan melalui pengalaman saya, bukan Dr. vet tapi pencinta haiwan.

Monday, March 23, 2009

Kategori Design Menarik

Lukisan bermula dari satu garisan, design yang menarik terdiri daripada :
  • Cetakan -"design untuk buku,poster,majalah,booklet,flyer,pamflet,periklanan dlln.
  • Website - "design utk setiap halaman"
  • Film -"CD, DVD dlln
  • Logo,Enviromental Graphic Design EGD - Design profesional,arsitek,industri dlln
  • Produk dlln

* sekadar informasi persendirian or yg memerlukan

Friday, March 20, 2009

My Dream come true


In Memories




I love my cat ..my door alway's said plz come back.Left side mother and younger son


Bengal Cat



Apa pendapat peminat kucing jadi ke Bengal ni ori tau,,,,



Gambar bersama Kucing









Taman Buaya


Kepada warga johor ,terutamannya yang berada di sekitar Pasir Gudang datang lah ke Taman Buaya ni . Tempat ni kat tanjung langsat masuk kawasan perlabuhan. Masa ku pergi baru di buka Buaya pun tak banyak . Ticket masuk RM8 disebabkan belum rasmi lagi ada diskaun 50% . Kalau masuk sini banyak jenis buaya dapat kite lihat dari 1 bulan hinggakan yang tua bangka ada kat sini. Selain daripada itu, bagi warga pelajar tempat ni sesuai untuk dapatkan pengetahuan sambil melihat buaya. Tempat ni selamat untuk kanak juag pagar sangat rapi.Bukan sekadar membuat lawatan ke taman tersebut pengunjung boleh menikmati keindahan sunset juga. Kepada yang terbaca Selamat Datang Ke Tanjung Langsat.

Mak Angkat


NI mak angkat kepada kucing ku yang hitam dan putih tu. Kucing ni namanya momon kasiaan ,ibu penyayang ni di sebabkan terlalu banyak jadi anak kucing ni ku bagi kepada orang lain. Disebabkan rindu pada anak nya seminggu tu dia mengiaow je, sehingga le pada suatu air susu habis menceceh je kat tangga rumah. Secara kebetulan ,anak kucing hitam tu berpisah dengan ibu dia ini kerana ibu selalu wat keje tak senonoh. Mulanya memang tak boleh nak menerima ,sehingga le akhir-akhir ini dah sayang giler. * "Kucing pun pandai sayang kucing lain, walaupun bukan anak sendiri, manusia pun kena sedar"*

Kucing Peliharaan Ku



Inilah gambar anak kucing tahun 2009.... kucing ku adik beradik.


Wednesday, March 18, 2009

MY Bunting Design






Ini lah dia hasil bunting yang saya design 2x6 (kaki). Saya ni memang minat giler bidang design entah macam mana masa belajar ambi bidang lain. Tapi akhirnya dapat juga saya buat kerja yang saya minat sebagai kerjaya. Kepada yang berminat boleh lah hubungi saya anchaflorence@yahoo.com. Saya sedia menerima tempahan tapi buat masa ni saya hanya buat design sahaja tak termasuk printing.



Tasek Hijau


Ni gambar perhatikan betul2 cantik tak warna air ni atau menyeramkan yang kat atas tu tempat paling merbahaya segala ikan ada kat situ. Selain dari pada itu tempat ni ramai dah orang mati sama ada budak atau pun orang dewasa kematian pulak menyeramkan. Tapi ada pulak orang buat tempat ni sebagai tempat berkelah sama ada dengan family,dating or tempat perbagai lagi .
Tempat di gambar bawah ni di namakan tasek hijau atas di masai johor , tempat ni selalu dijadikan tempat untuk shot gambar pengantin. Saya dapat gambar ni pun dari boyfren ha...dia yang ge naik atas. Tapi tempat ni dulu dia orang kata nak di jadikan tempat readah macam sunway lagon ,tapi malangnya tak jadi .




Monday, March 16, 2009

My Lovely Cat


Sejak dah dapat anak kucing baru blog ni dah jarang di update. Ke banyakan masa habis dengan kerja dengan membelai anak kucing gebu ni. Saya akan attach gambor kucing kesayangan saya ni. Boleh di katakan coco ni anak kucing yang paling manja dan di belai penuh kasih sayang.
Awal bulan yang lepas kucing dah dihantar vaksin dan makan ubat cacing sekali, selalunya akan deman mungkin antibody kuat semakin happy and kuat makan tu jadi semakain gebu. Kehadiran coco ni umpama hikmah di sebalik kehilangan kitten betina tu, Entah ape cite mesti dah besar dan dah dapat cari boyfren sampai sekarang tak dapat di kesan.
Harap orang yang menjaga tu sayang seperti saya sayangkan nya juga.Seandaianya suatu hari nanti saya dapat kesan saya akan dapatkan balik.
Apapun coco ini le jadi bestfren, teman tido dah macam manusia pulak. Walaupun saya banyak terbaca artikle kucing boleh membawa virus dan penyakit. So far, saya masih sihat lagi le yang paling penting mesti kena bawa ge vet.
Bulan depan pun kena hantar ge vaksin, mesti kali ni berat naik mendadak.Bersambung....


Sunday, March 1, 2009

Negative cas

Hai..dah seminggu tak mengupdate blog ni. Boleh di katakan banyak keje juga semenjak balik dari sarawak dan di tambah lagi dengan pelbagai masalah kecil yang remeh-temeh. Ehem...tapi tak ada masalah tak ada penyesaian cuma ambil masa sikit je.Bagi saya yang paling penting dalam keadaan yang tenang baru dapat jawapan yang terbaik.
Minggu ni saya design bunting untuk resort, ini lah keje yang paling saya suka design boleh membuat saya tenang dan tidak merunsingkan kepala masa memcari idea. Saya akan attach kat sini sebagai paparan, berikan komen anda?. Selain daripada itu, kena siapkan portal sekolah sebelum coming wednesday . Sekadar konsep tu dah le naik dan tinggal content da banner yang belum di design.
So, minggu ini memang banyak yang hiden problem remeh-temeh menyemak . Sehingga saya pun kadang out off control negative cas ni. Tapi boleh di selamatkan saya sentiasa ingin menjadi orang yang positive.

Saturday, February 21, 2009

Holiday Journey

Rindu mengupdate blog ni. Bermula dari 11/02/09 -18/02/09 saya bercuti untuk balik kampung atas urusan tertentu. Banyak juga lah perubahan dalam masa setahun lebih . Mula terkejut juga bila sampai kat airport mak dah tunggu sampaikan saya mengosok mata. Apa sal lah orang tua ni semakin hari segi fizikal semakin ceria dan awet muda. Rambut pun dah tukar brown kulit gebu badan slim diet kot. Memang suprise le lama tak jumpa ingat kan di makan usia.
Saya di khabar kan adik saya pun nak buat suprise, dengan kereta baru dalam pada itu pun ada berita tak baik di hari yang sama adik saya yang ketiga pulak accident, memang dari hari pertamna saya tak makan terlampau happy hari kedua terlalu sedih pun tak makan. berkerja pulak balik ke kampung dah le petang tu nak kenduri arwah my dad. Apa pun dah di rujuk kat pakar adik saya hanya mengalami patah bahagian bahu. Kasian kat dia dah le baru last year patah kaki. saya tetap bersyukur pada tuhan kerana dia masih di panjangkan umur.
Sebelum balik saya sempat singgah di kampung untuk melepaskan rindu dengan warga emas. Kasian nenek saya tu dah loss processor langsung tak ingat apa. Selalunya dia akan menanggis bila jumpa cucu tapi ni di senyum riang macam budak kecik pulak.Mujurlah nenek aku yang second tu boleh jaga semoga warga emas ni dipanjangkan umur dan sihat selalu.

Sunday, February 8, 2009

Pesta Layang-layang Pasir Gudang

Pada 17-22 February 2009, di Pasir Gudang ada Pesta Layang-layang Antarabangsa. Jadi kepada peminat activiti ini datanglah ke Johor Bahru. Sekali dalam setahun menyasikan pelbagai layang-layang dari pelbagai negara. Jumpa anda di sana :

Pasir Gudang Kite Festival is Hot!

Penderaan Kitten

Terkejut bangun pagi turun je tangga kitten mengeser badan kat kaki . Apa lagi tu tandanya perut kosong kalau dah kenyang mesti tak ingat tuan. Pagi ni clear udara segar segala bom dan port dah di bersihkan. Masa nak bagi makan aku pelik kenapa lah muka kitten ni bengkak . Kasiannya ada luka bawah mata . Angkara siapa ? aku pun tak tahu ..tuhan je yang nampak. Aku apa lagi sedih lah dah tak ada ibunya kena dera dengan tuan lagi, hidup mendera mati eesok sendiri mau ingatlah.
Kitten aku yang hitam tu ok, terselamat kerana tak degil yang putih tu memang nakal sangat dan terlampau manja. Seharian kitten aku tu tidur, bangun makan lepas tu tidur lagi sakit teruk lah agaknya. Apa pun janganlah mendera sampai mengakibatkan kesan kat binatang esok ko kojol tau lah akibatnya.

Cuti Thaipusam

Semenjak duduk semenanjung tak pernah tercapai nak tengok kaum india sambut Thaipusam. Sesekali nak kena join juga . Tapi sekarang ni bahaya juga kot kot ada kedaan yang tak terkawal dah lah macam-macam cerita. Tengik tv je lah lagi pun dalam internet banyak sumber boleh di baca. Tapi sekadar perarakan kecil-kecilan tu kat sini boleh le tengok ada kuil kecil kat Masai. Buat masa ini belum berkesempatan.

Teman Sejati


Minggu ini ikutkan tak dapat nak mengupdate blog kesayangan , kerana nak ge outstation tetapi di batalkan atas sebab tertentu. Minggu ini pun cuti sampai isnin juga jadi masa ini lah paling sesuai untuk menghabiskan masa melayari internet. Bagi saya internet ini lah merupakan sumber utama makan minda kerana saya dapat pelbagai ilmu yang positif selain daripada memjadi sumber pendapatan sampingan.

Selain daripada menghabiskan masa dengan melayari internet rutin yang harian malayan kerenah anak kucing saya yang nakal dan selalu buat perangai. Kadang menaikan suhu juga bangun je mesti ada berbau walaupun dah melabur kat pasir yang di sediakan


Saturday, February 7, 2009

Cuaca Punca Nyamuk..


Hari ini terkejut jua ! apasal blog masalah kata template free bila buka terpapar error need to upgrade photostock. Senang aja jangan pusing just return to clasic template. Mula memang agak pening saya sayang template lama kerna flowernya tu meriah juga suasana blog nak buat macam mana ? sabar aja le. Berbalik kepada keadaan cuaca .

sepanjang bulan ni, rasanya belum sekali pun hujan memang panas terik hari2 bila buat kerja outdoor tu kenalah bawa air mengelakan daripada kehausan dan mencegah daripada jangkitan selsema bagus untuk kesihatan tau. Bukan sekadar menahan kepanasan di waktu siang. Magrib je dah kena cepat tutup tingkap, saya hairan betul kalau kat kampung halaman, musim kemarau nyamuk tak ada tetapi di sebaliknya pulak kat JB senja je dah mula le warga nyamuk masuk dalam rumah boleh di katakan banyak. Memang menakutkan nyamuk sekarang merupakan penyebar penyakit bukan sekadar mengigit.

Jalan penyesaian cuma memasang racun nyamuk or guna semburan pening gile bila terhidu baunya.Mula saya ingatkan rumah or kawasan kita orang je yang mengalami masalah nyamuk, bila ge office kawan aku buka cerita katanya " rumah aku banyak nyamuk le bila malam " oo... Cegah Lebih baik daripada merawat.















Sunday, February 1, 2009

Month of Romantic

February 14th is the date for Valentines Day.
Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah kehidupan anda supaya apabila anda mati, andalah yang akan tersenyum dan orang disekeliling anda pula akan menangis.

Saturday, January 31, 2009

PRULink & Black List ke?

seminggu dah berlalu banyak macam2 ada ? dan pelbagai yang berlaku dalam masa seminggu. Kira minggu ini merupakan everything is good and little bit bad news. Kiranya ada baik juga blog ini di update pada weekend. Memudahkan schedule pun tersusun.
Hari rabu ada kejutan pagi lagi tengah nak siap2 pergi kerja poslaju dah hons2 depan rumah ingatkan ape, bukan main tebal dokumen . Sekali dah buka rupanya policy PURLink dah siap.
Perkara yang paling tak seronok bila dah habis cuti confirm banyak benda pending dan perlu di kejar. Dah sebulan lebih buat kerja outdoor ni seronok tapi penat. Tahap tekanan buat kerja luar kira kurang berbanding dengan duduk office buat kerja dan yang paling penting selesa dengan tugas pasti apa yang kita buat akan selesai walaupun susah. Hari tu pun ada berita yang sensasi memang tak panas tapi basi , member satu campus call ajak buat rayuan minta low interest pinjaman dengan PERKESO. Katanya geng senior yang buat pinjaman tersebut ramai yang kena black list sebab tak bayar pinjaman balik dan dia orang tahu bila nak buat pinjaman perumahan. Gementar juga jantung bila dengar tapi mesti ada jalan penyesaiaan. Tapi memang agak berat sekadar gaji RM1500 Memang tak mampu nak bayar balik Coz, bulanan dalam RM 415.04 . Mana nak bayar sewa, Kereta, dan pelbagai lagi tambahan lagi kalau yang dah ada family....Stresss.. Mujurlah last sem aku sempat hantar surat rayuan minta di tangguhkan bayaran balik dalam tempoh 6 bulan kira dalam masa setahun aku tak dapat kerja masih terselamat dan baru last year aku dapat surat pertama minta bayaran balik. Dalam tempoh 3 tahun nama aku masih clean & clear . Beringat sebelum terkena.
Hatta, khamis di sebabkan lambat balik malam tu aku penat dan tak dapat tidur cara terbaiknya baca le buku or tulis diary. Buku yang aku baca ini pinjam dari office isi kandungan memang menarik tentang kehidupan cara mengenali orang sama ada lelaki ataupun perempuan, cara komunikasi berkesan dan banyak lagi yang memang pasti menariik. Ada satu tajuk berbunyi " Cara menyelesaikan masalah antara Lelaki dan perempuan" . Menurut buku tu Perempuan banyak memikirkan masalah tanpa memikirkan penyesaian . Sebagai e.g perempuan suka fikir masalah dan lelaki suka menyesaikan masalah dan jika masalah tak selesai ia merupakan beban bagi mereka. Selain daripada tu , perempuan suka bercakap-cakap kerana bagi mereka ia merupakan keperluan batin atau kepuasan dan dapat meningkatkan energy positif. Tapi di sebaliknya bagi lelaki dia akan bercakap untuk perkara yang penting sahaja. Buku ini bagus untuk guide kehidupan.Ini merupakan rutin ataupun ubat tidur dengan membaca boleh terlena.
Hari yang paling singkat adalah jumaat, semalam keluar pun sampai tersesat nak cari jalan ke Nusajaya . Tak di sangka punya le jauh terceruk tempatnya macam masuk alam fantasi.Bayangkan di sebuah pekan kecil ada empayar yang begitu menarik tapi memang menakjubkan mengalahkan putrajaya , sayang tak boleh ambi gambar. Tak percaya datanglah sendiri.
Kesimpulanya, minggu ini boleh di katakan 99.9% kerjaya berjalan lancar .

Tuesday, January 27, 2009

Tahun Lembu 2009

Icon tahun ini lembu mengikut ramalan kalender china Lembu melambangkan haiwan yang sanggup bekerja keras di sawah padi untuk jangka masa yang panjang untuk memastikan hasil pertanian menjadi. Mungkin tahun ini banyak kejayaan dan kelancaran dalam apa-apa jua kerja yang kita lakukan.Tanpa jemu melakukan sesuatu yang di minati, teruskan usaha walaupun berbagai rintangan dihadapan . Happy Chinese New Years & Happy Holiday.


Monday, January 26, 2009

Shophing Online

Sejak kebelakangan ni banyak gile blogger shop . So saya pun nak kongsikan juga le informasi terkini . Kepada semua pembaca saya alu-alukan anda untuk singgah sebentar di instyleshop kerana pelbagai barang pilihan ini merupakan catalog terbaru untuk tahun 2009. Blogspot tu untuk permulaan insyallah...mendapat sambutan mungkin kite setup domain lain masukan mengunakan shophing chart untuk memudahkan pelangan. Selamat shophing sebarang pertanyaan saya akan cuba untuk memberikan jawapan .

wajah 2009

Salam buat kalian yang masih melayari blog ini. Ini lah wajah baru 2009 . Maaf segala informasi yang lepas terpaksa di hapuskan kerana panjang ceritanya. Biar di mulakan dengan cerita yang baru dan lebih ceria di tahun ini.
Masa cuti ini amat bermakna bagi saya dapatlah mengupdate blog yang lama terbiar dan menyepi tanpa berita. Mungkin di sebabkan saya banyak menghabiskan masa di luar bila dah balik rumah pun bersambung pulak dengan kerja yang kedua masa tu terlalu pantas berbanding taun lepas kerja kat rumah aje boleh update bila-bila masa.
Setiap hari memang banyak yang nak di kongsikan. Sepekara yang tak dapat di tarik balik adalah masa sangat cemburu jadi sekarang harapan saya akan tetapkan hari yang sesuai dan kandungan blog saya kali ini lebih kepada tugasan harian dan sedikit informasi.