Saturday, February 21, 2009

Holiday Journey

Rindu mengupdate blog ni. Bermula dari 11/02/09 -18/02/09 saya bercuti untuk balik kampung atas urusan tertentu. Banyak juga lah perubahan dalam masa setahun lebih . Mula terkejut juga bila sampai kat airport mak dah tunggu sampaikan saya mengosok mata. Apa sal lah orang tua ni semakin hari segi fizikal semakin ceria dan awet muda. Rambut pun dah tukar brown kulit gebu badan slim diet kot. Memang suprise le lama tak jumpa ingat kan di makan usia.
Saya di khabar kan adik saya pun nak buat suprise, dengan kereta baru dalam pada itu pun ada berita tak baik di hari yang sama adik saya yang ketiga pulak accident, memang dari hari pertamna saya tak makan terlampau happy hari kedua terlalu sedih pun tak makan. berkerja pulak balik ke kampung dah le petang tu nak kenduri arwah my dad. Apa pun dah di rujuk kat pakar adik saya hanya mengalami patah bahagian bahu. Kasian kat dia dah le baru last year patah kaki. saya tetap bersyukur pada tuhan kerana dia masih di panjangkan umur.
Sebelum balik saya sempat singgah di kampung untuk melepaskan rindu dengan warga emas. Kasian nenek saya tu dah loss processor langsung tak ingat apa. Selalunya dia akan menanggis bila jumpa cucu tapi ni di senyum riang macam budak kecik pulak.Mujurlah nenek aku yang second tu boleh jaga semoga warga emas ni dipanjangkan umur dan sihat selalu.