Friday, March 20, 2009

My Dream come true


In Memories




I love my cat ..my door alway's said plz come back.Left side mother and younger son


Bengal Cat



Apa pendapat peminat kucing jadi ke Bengal ni ori tau,,,,



Gambar bersama Kucing









Taman Buaya


Kepada warga johor ,terutamannya yang berada di sekitar Pasir Gudang datang lah ke Taman Buaya ni . Tempat ni kat tanjung langsat masuk kawasan perlabuhan. Masa ku pergi baru di buka Buaya pun tak banyak . Ticket masuk RM8 disebabkan belum rasmi lagi ada diskaun 50% . Kalau masuk sini banyak jenis buaya dapat kite lihat dari 1 bulan hinggakan yang tua bangka ada kat sini. Selain daripada itu, bagi warga pelajar tempat ni sesuai untuk dapatkan pengetahuan sambil melihat buaya. Tempat ni selamat untuk kanak juag pagar sangat rapi.Bukan sekadar membuat lawatan ke taman tersebut pengunjung boleh menikmati keindahan sunset juga. Kepada yang terbaca Selamat Datang Ke Tanjung Langsat.

Mak Angkat


NI mak angkat kepada kucing ku yang hitam dan putih tu. Kucing ni namanya momon kasiaan ,ibu penyayang ni di sebabkan terlalu banyak jadi anak kucing ni ku bagi kepada orang lain. Disebabkan rindu pada anak nya seminggu tu dia mengiaow je, sehingga le pada suatu air susu habis menceceh je kat tangga rumah. Secara kebetulan ,anak kucing hitam tu berpisah dengan ibu dia ini kerana ibu selalu wat keje tak senonoh. Mulanya memang tak boleh nak menerima ,sehingga le akhir-akhir ini dah sayang giler. * "Kucing pun pandai sayang kucing lain, walaupun bukan anak sendiri, manusia pun kena sedar"*

Kucing Peliharaan Ku



Inilah gambar anak kucing tahun 2009.... kucing ku adik beradik.


Wednesday, March 18, 2009

MY Bunting Design






Ini lah dia hasil bunting yang saya design 2x6 (kaki). Saya ni memang minat giler bidang design entah macam mana masa belajar ambi bidang lain. Tapi akhirnya dapat juga saya buat kerja yang saya minat sebagai kerjaya. Kepada yang berminat boleh lah hubungi saya anchaflorence@yahoo.com. Saya sedia menerima tempahan tapi buat masa ni saya hanya buat design sahaja tak termasuk printing.



Tasek Hijau


Ni gambar perhatikan betul2 cantik tak warna air ni atau menyeramkan yang kat atas tu tempat paling merbahaya segala ikan ada kat situ. Selain dari pada itu tempat ni ramai dah orang mati sama ada budak atau pun orang dewasa kematian pulak menyeramkan. Tapi ada pulak orang buat tempat ni sebagai tempat berkelah sama ada dengan family,dating or tempat perbagai lagi .
Tempat di gambar bawah ni di namakan tasek hijau atas di masai johor , tempat ni selalu dijadikan tempat untuk shot gambar pengantin. Saya dapat gambar ni pun dari boyfren ha...dia yang ge naik atas. Tapi tempat ni dulu dia orang kata nak di jadikan tempat readah macam sunway lagon ,tapi malangnya tak jadi .




Monday, March 16, 2009

My Lovely Cat


Sejak dah dapat anak kucing baru blog ni dah jarang di update. Ke banyakan masa habis dengan kerja dengan membelai anak kucing gebu ni. Saya akan attach gambor kucing kesayangan saya ni. Boleh di katakan coco ni anak kucing yang paling manja dan di belai penuh kasih sayang.
Awal bulan yang lepas kucing dah dihantar vaksin dan makan ubat cacing sekali, selalunya akan deman mungkin antibody kuat semakin happy and kuat makan tu jadi semakain gebu. Kehadiran coco ni umpama hikmah di sebalik kehilangan kitten betina tu, Entah ape cite mesti dah besar dan dah dapat cari boyfren sampai sekarang tak dapat di kesan.
Harap orang yang menjaga tu sayang seperti saya sayangkan nya juga.Seandaianya suatu hari nanti saya dapat kesan saya akan dapatkan balik.
Apapun coco ini le jadi bestfren, teman tido dah macam manusia pulak. Walaupun saya banyak terbaca artikle kucing boleh membawa virus dan penyakit. So far, saya masih sihat lagi le yang paling penting mesti kena bawa ge vet.
Bulan depan pun kena hantar ge vaksin, mesti kali ni berat naik mendadak.Bersambung....