Saturday, January 31, 2009

PRULink & Black List ke?

seminggu dah berlalu banyak macam2 ada ? dan pelbagai yang berlaku dalam masa seminggu. Kira minggu ini merupakan everything is good and little bit bad news. Kiranya ada baik juga blog ini di update pada weekend. Memudahkan schedule pun tersusun.
Hari rabu ada kejutan pagi lagi tengah nak siap2 pergi kerja poslaju dah hons2 depan rumah ingatkan ape, bukan main tebal dokumen . Sekali dah buka rupanya policy PURLink dah siap.
Perkara yang paling tak seronok bila dah habis cuti confirm banyak benda pending dan perlu di kejar. Dah sebulan lebih buat kerja outdoor ni seronok tapi penat. Tahap tekanan buat kerja luar kira kurang berbanding dengan duduk office buat kerja dan yang paling penting selesa dengan tugas pasti apa yang kita buat akan selesai walaupun susah. Hari tu pun ada berita yang sensasi memang tak panas tapi basi , member satu campus call ajak buat rayuan minta low interest pinjaman dengan PERKESO. Katanya geng senior yang buat pinjaman tersebut ramai yang kena black list sebab tak bayar pinjaman balik dan dia orang tahu bila nak buat pinjaman perumahan. Gementar juga jantung bila dengar tapi mesti ada jalan penyesaiaan. Tapi memang agak berat sekadar gaji RM1500 Memang tak mampu nak bayar balik Coz, bulanan dalam RM 415.04 . Mana nak bayar sewa, Kereta, dan pelbagai lagi tambahan lagi kalau yang dah ada family....Stresss.. Mujurlah last sem aku sempat hantar surat rayuan minta di tangguhkan bayaran balik dalam tempoh 6 bulan kira dalam masa setahun aku tak dapat kerja masih terselamat dan baru last year aku dapat surat pertama minta bayaran balik. Dalam tempoh 3 tahun nama aku masih clean & clear . Beringat sebelum terkena.
Hatta, khamis di sebabkan lambat balik malam tu aku penat dan tak dapat tidur cara terbaiknya baca le buku or tulis diary. Buku yang aku baca ini pinjam dari office isi kandungan memang menarik tentang kehidupan cara mengenali orang sama ada lelaki ataupun perempuan, cara komunikasi berkesan dan banyak lagi yang memang pasti menariik. Ada satu tajuk berbunyi " Cara menyelesaikan masalah antara Lelaki dan perempuan" . Menurut buku tu Perempuan banyak memikirkan masalah tanpa memikirkan penyesaian . Sebagai e.g perempuan suka fikir masalah dan lelaki suka menyesaikan masalah dan jika masalah tak selesai ia merupakan beban bagi mereka. Selain daripada tu , perempuan suka bercakap-cakap kerana bagi mereka ia merupakan keperluan batin atau kepuasan dan dapat meningkatkan energy positif. Tapi di sebaliknya bagi lelaki dia akan bercakap untuk perkara yang penting sahaja. Buku ini bagus untuk guide kehidupan.Ini merupakan rutin ataupun ubat tidur dengan membaca boleh terlena.
Hari yang paling singkat adalah jumaat, semalam keluar pun sampai tersesat nak cari jalan ke Nusajaya . Tak di sangka punya le jauh terceruk tempatnya macam masuk alam fantasi.Bayangkan di sebuah pekan kecil ada empayar yang begitu menarik tapi memang menakjubkan mengalahkan putrajaya , sayang tak boleh ambi gambar. Tak percaya datanglah sendiri.
Kesimpulanya, minggu ini boleh di katakan 99.9% kerjaya berjalan lancar .

Tuesday, January 27, 2009

Tahun Lembu 2009

Icon tahun ini lembu mengikut ramalan kalender china Lembu melambangkan haiwan yang sanggup bekerja keras di sawah padi untuk jangka masa yang panjang untuk memastikan hasil pertanian menjadi. Mungkin tahun ini banyak kejayaan dan kelancaran dalam apa-apa jua kerja yang kita lakukan.Tanpa jemu melakukan sesuatu yang di minati, teruskan usaha walaupun berbagai rintangan dihadapan . Happy Chinese New Years & Happy Holiday.


Monday, January 26, 2009

Shophing Online

Sejak kebelakangan ni banyak gile blogger shop . So saya pun nak kongsikan juga le informasi terkini . Kepada semua pembaca saya alu-alukan anda untuk singgah sebentar di instyleshop kerana pelbagai barang pilihan ini merupakan catalog terbaru untuk tahun 2009. Blogspot tu untuk permulaan insyallah...mendapat sambutan mungkin kite setup domain lain masukan mengunakan shophing chart untuk memudahkan pelangan. Selamat shophing sebarang pertanyaan saya akan cuba untuk memberikan jawapan .

wajah 2009

Salam buat kalian yang masih melayari blog ini. Ini lah wajah baru 2009 . Maaf segala informasi yang lepas terpaksa di hapuskan kerana panjang ceritanya. Biar di mulakan dengan cerita yang baru dan lebih ceria di tahun ini.
Masa cuti ini amat bermakna bagi saya dapatlah mengupdate blog yang lama terbiar dan menyepi tanpa berita. Mungkin di sebabkan saya banyak menghabiskan masa di luar bila dah balik rumah pun bersambung pulak dengan kerja yang kedua masa tu terlalu pantas berbanding taun lepas kerja kat rumah aje boleh update bila-bila masa.
Setiap hari memang banyak yang nak di kongsikan. Sepekara yang tak dapat di tarik balik adalah masa sangat cemburu jadi sekarang harapan saya akan tetapkan hari yang sesuai dan kandungan blog saya kali ini lebih kepada tugasan harian dan sedikit informasi.