Sunday, February 8, 2009

Pesta Layang-layang Pasir Gudang

Pada 17-22 February 2009, di Pasir Gudang ada Pesta Layang-layang Antarabangsa. Jadi kepada peminat activiti ini datanglah ke Johor Bahru. Sekali dalam setahun menyasikan pelbagai layang-layang dari pelbagai negara. Jumpa anda di sana :

Pasir Gudang Kite Festival is Hot!

Penderaan Kitten

Terkejut bangun pagi turun je tangga kitten mengeser badan kat kaki . Apa lagi tu tandanya perut kosong kalau dah kenyang mesti tak ingat tuan. Pagi ni clear udara segar segala bom dan port dah di bersihkan. Masa nak bagi makan aku pelik kenapa lah muka kitten ni bengkak . Kasiannya ada luka bawah mata . Angkara siapa ? aku pun tak tahu ..tuhan je yang nampak. Aku apa lagi sedih lah dah tak ada ibunya kena dera dengan tuan lagi, hidup mendera mati eesok sendiri mau ingatlah.
Kitten aku yang hitam tu ok, terselamat kerana tak degil yang putih tu memang nakal sangat dan terlampau manja. Seharian kitten aku tu tidur, bangun makan lepas tu tidur lagi sakit teruk lah agaknya. Apa pun janganlah mendera sampai mengakibatkan kesan kat binatang esok ko kojol tau lah akibatnya.

Cuti Thaipusam

Semenjak duduk semenanjung tak pernah tercapai nak tengok kaum india sambut Thaipusam. Sesekali nak kena join juga . Tapi sekarang ni bahaya juga kot kot ada kedaan yang tak terkawal dah lah macam-macam cerita. Tengik tv je lah lagi pun dalam internet banyak sumber boleh di baca. Tapi sekadar perarakan kecil-kecilan tu kat sini boleh le tengok ada kuil kecil kat Masai. Buat masa ini belum berkesempatan.

Teman Sejati


Minggu ini ikutkan tak dapat nak mengupdate blog kesayangan , kerana nak ge outstation tetapi di batalkan atas sebab tertentu. Minggu ini pun cuti sampai isnin juga jadi masa ini lah paling sesuai untuk menghabiskan masa melayari internet. Bagi saya internet ini lah merupakan sumber utama makan minda kerana saya dapat pelbagai ilmu yang positif selain daripada memjadi sumber pendapatan sampingan.

Selain daripada menghabiskan masa dengan melayari internet rutin yang harian malayan kerenah anak kucing saya yang nakal dan selalu buat perangai. Kadang menaikan suhu juga bangun je mesti ada berbau walaupun dah melabur kat pasir yang di sediakan