Wednesday, March 18, 2009

MY Bunting Design






Ini lah dia hasil bunting yang saya design 2x6 (kaki). Saya ni memang minat giler bidang design entah macam mana masa belajar ambi bidang lain. Tapi akhirnya dapat juga saya buat kerja yang saya minat sebagai kerjaya. Kepada yang berminat boleh lah hubungi saya anchaflorence@yahoo.com. Saya sedia menerima tempahan tapi buat masa ni saya hanya buat design sahaja tak termasuk printing.



Tasek Hijau


Ni gambar perhatikan betul2 cantik tak warna air ni atau menyeramkan yang kat atas tu tempat paling merbahaya segala ikan ada kat situ. Selain dari pada itu tempat ni ramai dah orang mati sama ada budak atau pun orang dewasa kematian pulak menyeramkan. Tapi ada pulak orang buat tempat ni sebagai tempat berkelah sama ada dengan family,dating or tempat perbagai lagi .
Tempat di gambar bawah ni di namakan tasek hijau atas di masai johor , tempat ni selalu dijadikan tempat untuk shot gambar pengantin. Saya dapat gambar ni pun dari boyfren ha...dia yang ge naik atas. Tapi tempat ni dulu dia orang kata nak di jadikan tempat readah macam sunway lagon ,tapi malangnya tak jadi .




Monday, March 16, 2009

My Lovely Cat


Sejak dah dapat anak kucing baru blog ni dah jarang di update. Ke banyakan masa habis dengan kerja dengan membelai anak kucing gebu ni. Saya akan attach gambor kucing kesayangan saya ni. Boleh di katakan coco ni anak kucing yang paling manja dan di belai penuh kasih sayang.
Awal bulan yang lepas kucing dah dihantar vaksin dan makan ubat cacing sekali, selalunya akan deman mungkin antibody kuat semakin happy and kuat makan tu jadi semakain gebu. Kehadiran coco ni umpama hikmah di sebalik kehilangan kitten betina tu, Entah ape cite mesti dah besar dan dah dapat cari boyfren sampai sekarang tak dapat di kesan.
Harap orang yang menjaga tu sayang seperti saya sayangkan nya juga.Seandaianya suatu hari nanti saya dapat kesan saya akan dapatkan balik.
Apapun coco ini le jadi bestfren, teman tido dah macam manusia pulak. Walaupun saya banyak terbaca artikle kucing boleh membawa virus dan penyakit. So far, saya masih sihat lagi le yang paling penting mesti kena bawa ge vet.
Bulan depan pun kena hantar ge vaksin, mesti kali ni berat naik mendadak.Bersambung....


Sunday, March 1, 2009

Negative cas

Hai..dah seminggu tak mengupdate blog ni. Boleh di katakan banyak keje juga semenjak balik dari sarawak dan di tambah lagi dengan pelbagai masalah kecil yang remeh-temeh. Ehem...tapi tak ada masalah tak ada penyesaian cuma ambil masa sikit je.Bagi saya yang paling penting dalam keadaan yang tenang baru dapat jawapan yang terbaik.
Minggu ni saya design bunting untuk resort, ini lah keje yang paling saya suka design boleh membuat saya tenang dan tidak merunsingkan kepala masa memcari idea. Saya akan attach kat sini sebagai paparan, berikan komen anda?. Selain daripada itu, kena siapkan portal sekolah sebelum coming wednesday . Sekadar konsep tu dah le naik dan tinggal content da banner yang belum di design.
So, minggu ini memang banyak yang hiden problem remeh-temeh menyemak . Sehingga saya pun kadang out off control negative cas ni. Tapi boleh di selamatkan saya sentiasa ingin menjadi orang yang positive.

Saturday, February 21, 2009

Holiday Journey

Rindu mengupdate blog ni. Bermula dari 11/02/09 -18/02/09 saya bercuti untuk balik kampung atas urusan tertentu. Banyak juga lah perubahan dalam masa setahun lebih . Mula terkejut juga bila sampai kat airport mak dah tunggu sampaikan saya mengosok mata. Apa sal lah orang tua ni semakin hari segi fizikal semakin ceria dan awet muda. Rambut pun dah tukar brown kulit gebu badan slim diet kot. Memang suprise le lama tak jumpa ingat kan di makan usia.
Saya di khabar kan adik saya pun nak buat suprise, dengan kereta baru dalam pada itu pun ada berita tak baik di hari yang sama adik saya yang ketiga pulak accident, memang dari hari pertamna saya tak makan terlampau happy hari kedua terlalu sedih pun tak makan. berkerja pulak balik ke kampung dah le petang tu nak kenduri arwah my dad. Apa pun dah di rujuk kat pakar adik saya hanya mengalami patah bahagian bahu. Kasian kat dia dah le baru last year patah kaki. saya tetap bersyukur pada tuhan kerana dia masih di panjangkan umur.
Sebelum balik saya sempat singgah di kampung untuk melepaskan rindu dengan warga emas. Kasian nenek saya tu dah loss processor langsung tak ingat apa. Selalunya dia akan menanggis bila jumpa cucu tapi ni di senyum riang macam budak kecik pulak.Mujurlah nenek aku yang second tu boleh jaga semoga warga emas ni dipanjangkan umur dan sihat selalu.